Sunday 7 October 2012

Jom Belajar Lagi Nak?








Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Jawi Tahun 2


Butiran am
Tarikh                               : 26 September 2012
Hari                                  : Khamis
Masa                               : 8.00 pagi – 9.00 pagi  (60 minit)
Tahun                              : 2 Cemerlang
Bilangan murid               : 20 orang
Mata pelajaran               : Pendidikan Islam
Bidang                            : Pemulihan jawi
Tajuk                               : Suku kata terbuka/tertutup
Hasil pembelajaran       : Di akhir pembelajaran ini murid dapat:
1.  Menyebut 3 suku kata terbuka dan tertutup.
2. Mengeja 2 daripada 3 suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
3. Menulis 2 daripada 3 suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

Pengetahuan sedia ada     :  Murid pernah menyebut suku kata terbuka dan tertutup
Gabungjalin                          : Adab dan Akhlak
Penyerapan                         : Sejarah
Penerapan nilai                   : Sabar, tabah dan bertanggungjawab
Kemahiran berfikir              : Murid dapat membezakan suku kata terbuka dan tertutup
Bahan sumber                     : Komputer, Smart Lorry, LCD, slaid, speaker.

Langkah/
masa
Isi kandungan
Aktiviti P&P

Pendahuluan
(2 minit)

Salam dan doa:
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين

-   Guru memberi salam dan murid menjawab salam.

-      Murid membaca doa secara kelas.

Set induksi
(5 minit)

-        Murid diperlihatkan dengan video pada tayangan menggunakan komputer.

-        Apa yang kamu perhatikan daripada video tersebut?


-Murid melihat persembahan guru menggunakan video pendek.

-Guru bersoal jawab dengan murid.

-Murid menjawab soalan yang diberikan guru.

-Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

-         

Langkah 1
(13 minit)

- Suka kata terbuka mempunyai huruf vokal iaitu ا,و,ي


- Suku kata tertutup tidak mempunya huruf vokal di akhirnya.

tertutup
خغ – خيغ – خوغ
تغ – تيغ – توغ

هغ – هيغ – هوغ
Terbuka

جا – جي – جو
تا – تي – تو
ها – هي – هو


-        Guru memaparkan carta suku kata terbuka/tertutup pada slaid yang disediakan


-        Guru meminta murid menyebut dan mengeja suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru

-        Murid akan  menyebut secara kumpulan dan kelas.

Langkah 2
(20 minit)

Potongan kad suku kata terbuka/tertutup :
·       Ba+ju= baju
·       Bu+ku= buku
·       Su+su= susu
·       Ta-ngan= tangan
·       Ker+tas=kertas
·       Ka+til=katil


- Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil

- Seorang wakil murid dari setiap kumpulan akan mencabut 2 sampul yang pelbagai warna di bahagian kepala lori

- Kemudian mereka akan berbincang di dalam kumpulan.

- Seterusnya seorang wakil murid dari setiap kumpulan akan mencari potongan suku kata di bahagian badan lori dan membentuk perkataan di dalam kumpulan masing-masing.

- Setelah siap membentuk perkataan, murid akan melekatkannya di papan hitam

- Guru akan menyemak jawapan murid.

- Murid akan membaca perkataan-perkataan yang telah dilekatkan di hadapan kelas secara beramai-ramai.


Langkah 3
(20 minit)

Lembaran Kerja:
-memadankan suku kata terbuka-terbuka, tertutup-tertutup dan menjadikan satu perkataan.

-Guru mengedarkan helaian lembaran kerja kepada setiap murid.

-Guru membimbing murid memadankan memadankan suku kata terbuka-terbuka, tertutup-tertutup dan menjadikan satu perkataan.


Penutup
(5 minit)

- Suku kata terbuka/tertutup :
·       Ba+ju= baju
·       Bu+ku= buku
·       Su+su= susu
·       Ta-ngan= tangan
·       Ker+tas=kertas
·       Ka+til=katil



- Murid menyebut semula suku kata terbuka-terbuka, tertutup-tertutup dan menjadikan  ia satu perkataan secara kelas.


Sunday 30 September 2012

"S.M.A.R.T LORRY" untuk aktiviti belajar jawi


     Gambarajah 1- Pandangan sisi Smart Lorry

Gambarajah 1 merupakan gambar yang diambil dari pandangan sisi Smart Lorry. 
Ia terdapat dua bahagian iaitu kepala dan badan. Bahagian kepala adalah bahagian 
untuk Sampul Berwarna dan bahagian badan pula adalah bahagian untuk potongan 
Suku Kata.



Gambarajah 2- Pandangan hadapan Smart Lorry

Gambarajah 2 ini adalah gambar yang diambil dari pandangan hadapan Smart Lorry. Ini merupakan bahagian untuk Sampul Berwarna. Reka bentuk Smart Lorry ini membuatkan murid tertarik untuk meneruskan P&P. 



Gambarajah 3- Sampul Berwarna

Contoh di dalam gambarajah 3 ini ialah ‘gambar buku’ yang terdapat di dalam sampul tersebut. Dalam Sampul Berwarna ini, terdapat gambar-gambar yang berkaitan dengan suku kata yang diajar oleh guru. 



        Gambarajah 4- Sampul Berwarna di dalam kepala Smart Lorry

Gambarajah 4 menunjukkan bahagian kepala Smart Lorry ini adalah untuk Sampul Berwarna. 


     Gambarajah 5- Potongan Suku Kata

Gambarajah 5 ini merupakan suku kata terbuka dan suku kata tertutup yang diajar kepada murid. Terdapat enam suku kata yang diajar seperti yang terdapat di dalam gambarajah ini.




Gambarajah 6- Potongan Suku Kata di dalam badan Smart Lorry

Gambarajah 6 menunjukkan bahagian badan Smart Lorry ini adalah untuk potongan Suku Kata yang telah diletakkan secara berasingan.


 Gambarajah 7- Murid mencabut sampul di dalam kepala Smart Lorry

Gambarajah 7 menunjukkan seorang wakil murid dari setiap kumpulan mencabut Sampul Berwarna di bahagian kepala lori. Setiap wakil perlu mencabut dua Sampul Berwarna tersebut.




Gambarajah 8- Murid mencari potongan Suku Kata di bahagian badan Smart Lorry mengikut gambar

Gambarajah 8 menunjukkan seorang wakil murid dari setiap kumpulan mencari potongan Suku Kata di bahagian badan lori yang sama dengan gambar yang mereka perolehi di dalam sampul yang telah diambil oleh wakil setiap kumpulan sebelum itu.



Gambarajah 9- Potongan Suku Kata yang telah dibentuk berpandukan gambar yang diperolehi oleh setiap kumpulan.

Gambarajah 9 menunjukkan potongan Suku Kata yang telah dibentuk berpandukan gambar yang diperolehi oleh setiap kumpulan. Setiap suku kata yang dicari perlulah sama dengan gambar yang terdapat di dalam sampul yang telah dicabut. Contoh di dalam gambarajah ini ialah suku kata bagi perkataan KATIL. Gambar yang terdapat di dalam sampul itu adalah gambar katil. Maka, wakil murid perlu mencari suku kata bagi perkataan KATIL tersebut.


Itu sahaja yang diperlukan bagi mengajar tajuk jawi ini. Selamat mencuba!