Sunday, 7 October 2012
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Jawi Tahun 2
Butiran am
Tarikh
: 26 September 2012
Hari
: Khamis
Masa
: 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)
Tahun
: 2 Cemerlang
Bilangan
murid
: 20 orang
Mata
pelajaran
: Pendidikan Islam
Bidang
: Pemulihan jawi
Tajuk
: Suku kata terbuka/tertutup
Hasil pembelajaran
: Di akhir pembelajaran ini murid dapat:
1.
Menyebut 3 suku kata terbuka dan tertutup.
2.
Mengeja 2 daripada 3 suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
3.
Menulis 2 daripada 3 suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.
Pengetahuan sedia ada :
Murid pernah menyebut suku kata terbuka dan tertutup
Gabungjalin
: Adab dan Akhlak
Penyerapan
: Sejarah
Penerapan
nilai
: Sabar, tabah dan bertanggungjawab
Kemahiran
berfikir
: Murid dapat membezakan suku kata terbuka dan tertutup
Bahan
sumber
: Komputer, Smart Lorry, LCD, slaid, speaker.
Langkah/
masa
|
Isi kandungan
|
Aktiviti P&P
|
Pendahuluan
(2 minit)
|
Salam dan doa:
اللهم افتح علينا
حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا ارحم الراحمين
|
-
Guru memberi salam dan
murid menjawab salam.
-
Murid membaca doa secara
kelas.
|
Set induksi
(5 minit)
|
-
Murid diperlihatkan dengan
video pada tayangan menggunakan komputer.
-
Apa yang kamu perhatikan daripada video
tersebut?
|
-Murid melihat persembahan guru
menggunakan video pendek.
-Guru bersoal jawab dengan murid.
-Murid menjawab soalan yang diberikan
guru.
-Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran
hari ini.
-
|
Langkah 1
(13 minit)
|
- Suka kata
terbuka mempunyai huruf vokal iaitu ا,و,ي
- Suku kata tertutup
tidak mempunya huruf vokal di akhirnya.
tertutup
خغ – خيغ – خوغ
تغ – تيغ – توغ
هغ – هيغ – هوغ
Terbuka
جا – جي – جو
تا – تي – تو
ها – هي – هو
|
-
Guru memaparkan carta
suku kata terbuka/tertutup pada slaid yang disediakan
-
Guru meminta murid menyebut dan mengeja
suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru
-
Murid akan menyebut secara kumpulan dan kelas.
|
Langkah 2
(20 minit)
|
Potongan
kad suku kata terbuka/tertutup :
·
Ba+ju= baju
·
Bu+ku= buku
·
Su+su= susu
·
Ta-ngan= tangan
·
Ker+tas=kertas
·
Ka+til=katil
|
- Murid
dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil
- Seorang wakil murid dari setiap kumpulan akan mencabut
2 sampul yang pelbagai warna di bahagian kepala lori
- Kemudian mereka akan berbincang di dalam kumpulan.
- Seterusnya seorang wakil murid dari setiap kumpulan akan
mencari potongan suku kata di bahagian badan lori dan membentuk perkataan di
dalam kumpulan masing-masing.
- Setelah siap membentuk perkataan, murid akan melekatkannya
di papan hitam
- Guru akan menyemak jawapan murid.
- Murid akan membaca perkataan-perkataan yang telah
dilekatkan di hadapan kelas secara beramai-ramai.
|
Langkah 3
(20 minit)
|
Lembaran
Kerja:
-memadankan
suku kata terbuka-terbuka, tertutup-tertutup dan menjadikan satu perkataan.
|
-Guru mengedarkan helaian lembaran kerja kepada setiap
murid.
-Guru
membimbing murid memadankan memadankan suku kata terbuka-terbuka, tertutup-tertutup
dan menjadikan satu perkataan.
|
Penutup
(5 minit)
|
- Suku
kata terbuka/tertutup :
·
Ba+ju= baju
·
Bu+ku= buku
·
Su+su= susu
·
Ta-ngan= tangan
·
Ker+tas=kertas
·
Ka+til=katil
|
-
Murid menyebut semula suku kata terbuka-terbuka,
tertutup-tertutup dan menjadikan ia
satu perkataan secara kelas.
|
Sunday, 30 September 2012
"S.M.A.R.T LORRY" untuk aktiviti belajar jawi
Gambarajah 1- Pandangan sisi Smart Lorry
Gambarajah
1 merupakan gambar yang diambil dari pandangan sisi Smart Lorry.
Ia terdapat dua bahagian iaitu kepala dan badan. Bahagian kepala adalah bahagian
untuk Sampul Berwarna dan bahagian badan pula adalah bahagian untuk potongan
Suku Kata.
Ia terdapat dua bahagian iaitu kepala dan badan. Bahagian kepala adalah bahagian
untuk Sampul Berwarna dan bahagian badan pula adalah bahagian untuk potongan
Suku Kata.
Gambarajah 2- Pandangan hadapan Smart
Lorry
Gambarajah 2 ini adalah gambar yang
diambil dari pandangan hadapan Smart Lorry. Ini merupakan bahagian untuk Sampul
Berwarna. Reka bentuk Smart Lorry ini membuatkan murid tertarik untuk
meneruskan P&P.
Gambarajah 3- Sampul Berwarna
Contoh di
dalam gambarajah 3 ini ialah ‘gambar buku’ yang terdapat di dalam sampul
tersebut. Dalam Sampul Berwarna ini, terdapat gambar-gambar yang berkaitan
dengan suku kata yang diajar oleh guru.
Gambarajah 4- Sampul Berwarna di dalam kepala Smart Lorry
Gambarajah
4 menunjukkan bahagian kepala Smart Lorry ini adalah untuk Sampul Berwarna.
Gambarajah 5- Potongan Suku Kata
Gambarajah
5 ini merupakan suku kata terbuka dan suku kata tertutup yang diajar kepada
murid. Terdapat enam suku kata yang diajar seperti yang terdapat di dalam
gambarajah ini.
Gambarajah 6- Potongan Suku Kata di dalam
badan Smart Lorry
Gambarajah
6 menunjukkan bahagian badan Smart Lorry ini adalah untuk potongan Suku Kata
yang telah diletakkan secara berasingan.
Gambarajah 7- Murid
mencabut sampul di dalam kepala Smart Lorry
Gambarajah
7 menunjukkan seorang wakil murid dari setiap kumpulan mencabut Sampul Berwarna di
bahagian kepala lori. Setiap wakil perlu mencabut dua Sampul Berwarna tersebut.
Gambarajah 8- Murid mencari
potongan Suku Kata di bahagian badan Smart Lorry mengikut gambar
Gambarajah
8 menunjukkan seorang wakil murid dari setiap kumpulan mencari potongan Suku Kata di
bahagian badan lori yang sama dengan gambar yang mereka perolehi di dalam
sampul yang telah diambil oleh wakil setiap kumpulan sebelum itu.
Gambarajah 9-
Potongan Suku Kata yang telah dibentuk berpandukan gambar yang diperolehi oleh setiap
kumpulan.
Gambarajah
9 menunjukkan potongan Suku Kata yang telah dibentuk berpandukan gambar yang
diperolehi oleh setiap kumpulan. Setiap suku kata yang dicari perlulah sama
dengan gambar yang terdapat di dalam sampul yang telah dicabut. Contoh di dalam
gambarajah ini ialah suku kata bagi perkataan KATIL. Gambar yang terdapat di
dalam sampul itu adalah gambar katil. Maka, wakil murid perlu mencari suku kata
bagi perkataan KATIL tersebut.
Itu sahaja yang diperlukan bagi mengajar tajuk jawi ini. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)